OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 26 July 2012

Relay Control Sangat Senang - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Pada hari pertama start buat relay control, aku hadapi satu masalah.. Puas aku cari apa masalah tersebut, tetapi tetap tak jumpa.. Jadi hari pertama itu, aku balik dengan perasaan sedikit kecewa..

Masuk hari kedua, aku teruskan cari masalah tersebut.. Biarpun orang lain dah jauh dihadapan, aku tetap nak buat litar tersebut sampai berjaya.. Apabila buat pengujian, masalah itu masih ada.. Akhirnya apabila dah malas nak cari sendiri masalah itu, aku minta bantuan technician yang bertugas..

Rupa-rupanya senang je masalah itu.. Patut la aku tak dapat cari.. Masalah yang timbul adalah wayar pada relay itu ada short.. Ikutkan sambungan semuanya sudah betul kalau mengikut teori.. Tetapi kalau mengikut litar schematic, sambungan itu perlu diubah supaya wayar itu tidak ada short.. Ooo.. Jadi kena lah baca litar itu baik-baik..

Apabila dah selesai masalah itu, tugasan yang lain aku buat laju je.. Apabila dah tahu dimana tricknya, confirm tak ada salah dah selepas itu.. Selepas selesai semua latihan yang diberikan, aku teruskan buat tugasan yang terakhir pada hari ketiga..

Tugasan ini memerlukan aku design litar traffic light yang mengandungi lampu hijau, kuning dan merah berfungsi mengikut keadaannya.. Dengan menggunakan Circuit Breaker (CB), Latching switch, Relay, 3 Timer dan 3 Lampu.. Aku start design berdasarkan pemahaman litar-litar yang sebelum ini.. Apabila buat pengujian litar itu ada satu masalah.. Satu lampu tak menyala.. Tapi masa tu aku tak risau langsung sebab aku dah tahu apa masalahnya.. Satu wayar pada timer itu salah.. Selepas ubah wayar itu confirm akan berjaya.. ^_^

 Inilah litar yang membawa masalah kepada aku.. Time ni tak kemaskan lagi sambungan wayar itu.. hehe.. nampak serabut je.
 Classmate aku sedang sibuk menyiapkan tugasan yang terakhir.. 

 Kalau tak salah, ketua kelas aku ni sedang meleraikan komponen sebab dah menyiapkan tugasan yang terakhir..  
Tempat untuk menguji dan penilaian yang dipantau oleh technician.

Terima kasih.. salam dari pantai timur. 

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...