OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 21 July 2012

Sahur Pertama


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Allhamdulilah, Allah telah memberi keizinan untuk aku bangun bersahur pada hari ini.. Walaupun dengan hanya beberapa keping roti dan kurma yang menjadi hidangan.. Tetapi bersahur pada hari pertama ini agak menyelerakan kerana bersahur bersama-sama housemate..

Hadis Anas r.a katanya: Rasullulah s.a.w bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.. Daripada khutbah jumaat yang disampaikan semalam, kita disuruh untuk melewatkan sahur dan mempercepatkan berbuka kerana dua-duanya mempunyai keberkatannya.


Biasanya kita sebagai pelajar akan terus mengambil sahur pada pukul 2 pagi atau 3 pagi tanpa tidur.. Menurut para ulama, sahur itu tidak dikira bersahur tanpa tidur walaupun hanya sekejap. Apa yang kita makan itu mungkin akan membantu kita untuk menahan lapar pada siang hari, tetapi kita hanya makan sahaja la.. Keberkatan bersahur itu kita tidak dapat.. 


Dah rugi satu amalan yang memberikan keberkatan kepada kita pada bulan ramadan ini.. Tak susah pun sebenarnya untuk kita merebut peluang mencari keberkatan dalam bulan ramadan ini.. Cara paling senang untuk bersahur adalah tidur awal.. Tidur awal pada sebelah malam supaya senang untuk kita bangun pada sebelah pagi.. Sambil-sambil bersahur, kita boleh melakukan ibadah solat sunat tahajjud dan solat sunat yang lain.. Ini dapat menambahkan lagi pahala yang kita kejar pada bulan ini..


Saya bukannya ustaz ataupun orang yang banyak ilmu.. Kalau ada salah dan silap harap diperbetulkan.


Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...