OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 27 July 2012

Segmen: Kenangan Ramadhanku…

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Terima kasih kepada Ibu Hannah kerana bagitahu pasal segmen ini.. ^_^.. Segmen kali ini bertajuk kenangan ramadanku.. 

Hmmm.. Banyak perkara yang pernah berlaku di bulan ramadan ini.. Bermula dari saya kecil hingga lah sampai sekarang ni ada je peristiwa yang menarik.. Banyak, tetapi untuk segmen ini, saya nak ceritakan kisah masa saya budak-budak dulu main mercun.. 

Masa budak-budak dulu, mercun itu memang jadi kesukaan.. Tiba bulan puasa mula lah semua sibuk cari mercun colok, mercun jarum, mercun bola dan macam-macam lagi.. Setiap malam saya dan kawan-kawan akan pergi ke masjid.. Pergi ke masjid tu memang pergi sembahyang, tetapi sembahyang isyak je lah.. Lepas sudah sembahyang isyak, mula lah kami bergerak ke dalam kampung bermain mercun.. Time ni tak takut dah nak lalu jalan yang gelap gelita sebab tahu hantu takkan muncul.. Kami diajar syaitan diikat sepanjang Bulan Ramadan.. Jadi yakin la takkan ada lembaga-lembaga yang akan mengacau kami. 

Kami akan bergerak dalam kumpulan.. Di kampung saya ni ada 4 kumpulan, seingat saya la.. Kalau kami terserempak, mula lah start war.. War kami ni biasanya menggunakan mercun bola sebab senang nak lempar...Duk lempar mercun itu antara satu sama lain.. Kami hentikan war ini apabila masing-masing dah kehabisan mercun.. Bahaya, memang bahaya.. Tapi mujurlah masa itu sampai sekarang tak ada perkara yang tidak dingini berlaku..

Sekarang ni aku dah tak main mercun sebab dah pernah kena sekali sampai melecur muka.. Tapi itu cerita lain.. Hehe ^_^

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...