OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 20 July 2012

Selamat Datang Bulan Ramadan


Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Selamat Datang wahai Bulan ramadan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Kedatangan engkau memberi khabar gembira buat seluruh umat islam.. Terasa hati ini penuh dengan kegembiraan apabila diberi peluang untuk berjumpa dengan engkau lagi pada tahun ini.. 

Esok kita akan mula berpuasa.. Jadi, jangan lupa berniat puasa esok hari dan juga niat puasa untuk satu bulan di bulan ramadan ini.. Niatnya adalah seperti diatas.
Berita gembira pada bulan puasa ini adalah syaitan akan meninggalkan kita semua.. Allah memerintahkan agar dibelengu semua syaitan agar tidak menganggu orang islam yang berpuasa.. Pendapat iman Qurtubi berpegang kepada habis iman Bukhari di mana para syaitan diikat tanpa pnegecualian. Namun di situlah timbulnya kemusykilan. kalau dah semuanya kena ikat, macam mana ramai yang boleh lagi dengan selamba buat maksiat tanpa rasa segan silu?
Jawapannya adalah, anak murid syaitan.. Anak murid yang dimaksudkan itu adalah nafsu dalam diri kita.. Syaitan telah melatih nafsu kita agar apabila tiba masa bulan ramadan, diri kita akan terus melakukan maksiat walaupun tiada hasutan daripada syaitan. Jadi sama-sama lah kita berniat untuk melatih hati dan nafsu kita selama satu bulan ini supaya kita dapat berubah menjadi lebih baik.. Insyallah.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...