OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 1 August 2012

Adakah Lelaki Melihat Perempuan Sebagai Kawan Baik Semata-mata?? atau lebih??

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apabila duduk sembang bersama kawan-kawan pasal cinta dan kasih sayang, ada satu topik yang menarik minat aku untuk dikongsi bersama-sama korang semua. Topik ini pasal berkawan baik dengan perempuan.

Apabila timbul persoalan, apakah pandangan seorang lelaki apabila dia berkawan baik dengan seorang perempuan?? .. Mula lah si perempuan tertanya-tanya kan.. hmm.. Adakah kawan lelaki aku tu hanya melihat aku sebagai seorang kawan ataupun lebih..??

Pada pandangan aku, kaum lelaki susah nak berkawan baik dengan perempuan.. Betul tak wahai kaum lelaki?? Ini berlaku kerana daripada sudut pandangan lelaki, setiap kawan perempuan itu adalah calon isteri.. Lelaki akan menilai setiap kawan perempuannya. Apabila ada rasa berkenan, dia akan melihat perempuan itu lebih dari seorang kawan..

Tetapi apabila berada dalam status kawan baik, susah buat seorang lelaki untuk menyatakan perasaannya pada kawan perempuannya itu.. Sebab itulah lelaki sudah berkawan baik dengan perempuan.. Bab menyatakan perasaan ini kita kupas lain hari pula ya..
bercinta dengan kawan baik

Kalau korang ada idea atau pendapat lain, silalah bagitahu..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...