OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 19 August 2012

Bakar 4000 Satay Pada Malam Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Semalam aku bakar satey sebanyak 4000 batang bersama-sama adik dan sepupu.. Nampaknya bakar
satay pada malam raya memang dah jadi tugas aku.. Dari dulu sampai sekarang.. Aku mesti dipanggil untuk bakar satey ini.. ^_^

Satay ini adalah satay yang orang kampung tempah dengan sepupu aku.. Untuk tahun ni sebanyak 8000 batang satay ditempah oleh 21 orang.. Malam tadi hanya separuh dibakar, separuh lagi akan dibakar pada hari raya kedua dan ketiga.

Satay yang dibakar pada malam tadi kena betul cara membakarnya.. Kalau salah, satay itu akan menjadi sangat keras untuk dimakan pada pagi ini.. Cara untuk bakar satay itu adalah bakar sampai dia nampak kekuningan. Jaga bara api supaya satay tidak hangus.

Jangan bakar satay itu garing sangat sebab satay itu akan menjadi keras apabila sejuk. Kalau untuk makan serta merta, memang bagus bakar garing. Tapi untuk dimakan pada hari raya elok bakar sehingga ia kekuningan sahaja. 






Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...