OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 11 August 2012

Balik Beraya ^_^

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

"I'm going home".. Hehe.. Semalam aku ada telefon rumah bagitahu aku dah habis kelas.. Cakap punya cakap, pastu mak aku suruh beli tiket baru, balik awal.. Aku duduk sini pun tak buat apa jugak.. Jadi mak aku suruh beli yang baru..

Aku pergi cari tadi, allhamdulilah ada lagi tiket ke kuala terengganu esok pagi.. Seronok tak terkata.. haha.. Aku sebenarnya risau gak nak balik hari last puasa sebab tak ada orang nak hantar aku ke bus station. Apabila dah beli tiket baru ini hilang rasa risau itu.. hehe.. ^_^

Tiket yang sebelum ini aku dah jual balik.. Jual balik tiket ni senang sahaja.. Pergi ke kaunter, pastu kata nak jual balik tiket.. Penjual tiket itu akan suruh kita tinggalkan nama dan nombor telefon.. Apabila dah dijual tiket itu, dia akan telefon dan bagitahu kita datang ambil duit. Apabila datang tu jangan letak harapan kita akan dapat penuh duit itu. Biasanya kita hanya dapat separuh dari harga tiket itu.. 

Tapi takpe lah, dari burn macam tu sahaja baik dapat sedikit duit dari tiket itu.. Selain itu, kita hanya boleh berharap jurujual itu seorang yang jujur.. Kalau tak, sampai ke tua kita tak dapat panggilan darinya..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...