OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 22 August 2012

Beraya Bersama Kawan-Kawan Sekolah Teknik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

SMTWT

Tahun ini aku rasa raya ini agak membosankan sebab tak ada kaki(kenderaan) nak pergi jalan-jalan. Duduk rumah je kunyah biskut raya sambil tunggu sanak saudara atau kawan-kawan datang.

Kawan aku, Shahidan ada buat rumah terbuka semalam di Pulau Duyung, Terengganu.. Aku tak ada kenderaan nak pergi, tapi mujurlah ketua kelas aku dulu rajin nak mari ambil kat rumah. Terima kasih banyak-banyak ya Shafiq.. Kalau tak tak kemana lah aku tahun ini.

Seronok dapat jumpa dengan classmate Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu. Apabila berjumpa macam ini teringat pada zaman sekolah dulu. Rindu saat-saat kita semua masih bersama. Seronok masa kita semua belajar dan bergelak ketawa bersama-sama. Kalau lah boleh diundur masa, nak sahaja merasa keseronokan belajar di sekolah semula. ^_^

Terima kasih semua.. Rindu pada korang semua.. salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...