OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 17 August 2012

Berhati-hati Di Jalan Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
rempit

Hari ini dah pun masuk hari Jumaat.. Rasanya warga bandar terutamanya kuala lumpur sudah pun mula bergerak pulang ke kampung halaman masing-masing.. Untuk itu saya hanya nak bagi sedikit pesanan sahaja.

Kita sama-sama pulang ke kampung untuk beraya bersama-sama keluarga. Bukannya hendak menempah maut.. Jadi apabila bawa kenderaan, sentiasalah patuhi peraturan jalan lintas. Jangan bawa laju-laju.. Memang benar, laju lagi cepat sampai.. Tetapi bawa laju juga mencepatkan kita menemui pencipta kita.

Bagi yang letih dan mengantuk, berhentilah sebentar untuk berehat.. Memandu kereta semasa mengantuk sama lah seperti orang yang mabuk memandu.. Terhuyung-hayang kesana sini.. Ini membahayakan nyawa diri kita, keluarga dan juga orang lain.

Hargailah Nyawa.. Hati-Hati Di Jalan Raya.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...