OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 16 August 2012

Berniat Dalam Hati

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
niat dalam solat
Apabila mencari sumber untuk membincangkan topik niat, baru aku perasan.. Niat ini tidak boleh dipandang ringan.. Lebih-lebih lagi niat dalam solat.

Maksud niat dari segi bahasa adalah keinginan yang ada di dalam hati. Dari segi istilah pula adalah Gerak Hati melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan tujuan mencari keredhaan Allah.

Ulama bersepakat bahawa niat dalam solat hukumnya adalah wajib..

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Bayyinah, ayat 5, yang bermaksud : "Padahal mereka tidak diperintahkan kecuali beribadah kepada Allah dalam keadaan ikhlas memurnikan ketaatan kepada-Nya."

Mazhab Syafii mewajibkan niat bersama dengan aktiviti solat iaitu ketika takbiratul ihram. Sebab yang disebut dengan niat mestilah disertakan dengan aktiviti. Jika niat dihadirkan sebelum aktiviti, maka ia bukanlah niat tetapi azam atau tekad.

Persoalan yang sering berkaitan dengan niat ini adalah.. Ketika mana niat dan lafaz perlu diucapkan semasa solat?? 

Menurut Mazhab Syafii niat dihadirkan di dalam hati pada masa seseorang itu bertakbiratul ihram di antara huruf Aliff dan huruf Ra. Jika niat hadir di antara huruf ini maka sahlah solatnya.

Berhubung dengan lafaz niat yang diucapkan oleh kita semua sebelum takbiratul ihram bermula, tujuannya adalah untuk memudahkan kehadiran niat itu sendiri di dalam hati. Lafaz niat tidak termasuk dari 13 rukun solat. Imam An-Nawawi menganggap anggapan sesetengah orang tentang keperluan berlafaz niat sebelum takbiratul ihram adalah satu kesilapan terhadap ucapan iman Asy-syafi'i.

Kita dikehendaki mempelajari lafaz niat, tetapi apabila ketika menunaikan solat, kita boleh sahaja meniatkannya di dalam hati semasa takbiratul ihram.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...