OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 8 August 2012

CX-Programmer - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

cx-programmer
Hari kedua modul PLC, aku belajar pula menggunakan software khas untuk PLC.. Software ini diberi nama CX-Programmer.. Menggunakan CX-Programmer lebih senang dari menggunakan konsol kerana program yang dimasukkan ke dalam PLC  dapat berbentuk Ladder diagram atau kod mneumonik.. Manakala jika menggunakan konsol hanya kod mneumanik dapat dimasukkan. 

Sekarang ni aku nak teruskan kepada final project.. Tajuk aku adalah Car Washing Machine.. Gambaran proses car washing machine ini adalah seperti di bawah.. Aku ambil dari pak cik google.

car wash machine
Proses untuk PLC bermula dengan kereta berada di posisi dan Suis Start ditekan.. Apabila suis ditekan, conveyor akan bergerak dan membawa kereta ke tempat High Pressure Water.. Sensor akan detect kehadiran kereta, jadi conyeyor akan berhenti bergerak buat sementara waktu.. Selepas beberapa
saat, conveyor mula bergerak melalui tempat Active Form. Disini conveyor bergerak sambil disembur buih sabun.. Selepas itu, conveyor akan membawa kereta ke dalam tempat memberus.. Disini air akan disembur sekali lagi untuk menghilangkan buih sabun.. Kemudian, kereta akan melalui tempat Wax. Dan akhir sekali conveyor akan berhenti bergerak apabila berada di tempat Dry Drover. Disini kereta akan dikeringkan dengan tiupan angin yang kuat.. Dan selepas itu proses akan berhenti. Suis Stop ditekan untuk menghentikan mesin itu.. 

Ini adalah gambaran proses memggunakan mesin tersebut.. Betul atau tidak aku tak tahu sebab aku tak pernah menggunakan atau melihat opreasi mesin membasuh kereta.. Harap-harap betul lah.. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...