OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 6 August 2012

Dato Lee Chong Wei is Legend

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam kita telah melihat seorang rakyat malaysia berusaha dengan gigih untuk merealisasikan impian seluruh rakyat malaysia.. Impian menggapai kilauan emas pertama dalam sukan paling berprestij di dunia, Sukan Olimpik. Tetapi hari ini bukan menjadi miliknya kerana beliau kalah dengan sangat tipis kepada insan yang sememangnya pahlawan tak kunjung kalah, Lin Dan.. Walaupun kalah, tetapi semangat yang ditunjukkan beliau telah menaikkan semangat seluruh rakyat malaysia. Beliau adalah Hero Malaysia, Beliau adalah Lagenda di dalam sukan badminton dan Beliau itu adalah, Dato Lee Chong Wei.. Setinggi-tinggi perhargaan kami ucapkan kerana telah menabur banyak jasa baik kepada negara selama ini.. Semoga semangat yang membara itu akan diwarisi generasi yang akan datang.. Terima kasih..

"Berat mata memandang, Berat lagi bahu yang memikul.." Kita hanya melihat beliau berjuang.. Tiada siapa tahu betapa beratnya beban yang dipikul oleh beliau semasa kita semua bersorak dan melihat.

Respect to the end.. Lin Dan pun memberi penghormatan kepada lawannya.. Kita?? Masih bersungut sebab tak dapat makan aiskrim percuma.. Cuba fikir, adakah kita ini layak memakan aiskrim itu sedangkan yang berjuang itu adalah Dato Lee Chong Wei..??
Renung-renungkan lah

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...