OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 25 August 2012

Kelebihan Kursus Amalan Kejuruteraan di UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Cuti 2 minggu dah pun berakhir.. Malam ini adalah malam terakhir aku berada di kampung. Esok pagi aku akan bertolak balik ke Melaka untuk sambung Kursus Amalan Kejuruteraan yang masih berbaki 2 modul. Pejam celik pejam celik.. Dah nak habis kursus amalan kejuruteraan ini.

Awal-awal dulu memang rasa tak suka sebab orang lain cuti, tapi kitorang kena sambung belajar lagi. Rasa sangat tak adil sebab langsung tak ada cuti semesta selepas ini. Tetapi apabila sudah dua bulan belajar aku mula rasa sedikit keseronokan. Orang lain tak tahu laa. hehe

Aku mula rasa seronok sebab kursus amalan kejuruteraan ini banyak menekankan praktical daripada teori.. Sesuatu yang amat aku suka sebab aku perlahan sedikit dalam bab-bab teori. Praktical-praktical yang diberikan juga membuka mata kami kepada ilmu-ilmu yang baru. Ilmu yang universiti lain tak dapat berikan sepertimana di UTeM.

Kami belajar segala basic ilmu di semua Fakulti Kejuruteraan di UTeM. Ini termasuklah ilmu mekanikal, ilmu elektronik, ilmu penggunaan internet yang selamat, ilmu perancangan kerja cemerlang, ilmu pembuatan logam/plastik dan lain-lain lagi. Ilmu-ilmu ini merupakan asas kejuruteraan.

Kita sebagai budak kejuruteraan tidak terbatas kepada subject major kita sahaja. Semua subject yang berlabel kejuruteraan berkait rapat antara satu sama lain. Kita akan saling memerlukan antara satu sama lain. Jadi beruntung lah jikalau kita ada ilmu walaupun sedikit dalam bidang-bidang yang lain.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Mohd Lokman Bin Ramli

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...