OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 18 August 2012

Kuat Betul Bunyi Mercun sekarang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

meriam buluh
Habis sahaja berbuka, tiba-tiba dengar bunyi mercun yang sangat kuat. Betul-betul kuat sampaikan kucing aku tak duduk diam dibuatnya.. Keluar masuk, keluar masuk rumah aku. Mungkin dia ingat kita kena serang oleh penceroboh kot.. hehe

Tapi betul lah, tahun ini aku rasa ramai yang bakar mercun.. Sangat ramai, berbanding tahun-tahun sebelum ini.. Mercun yang diorang bakar pun dah dinaik taraf. Dulu budak-budak main mercun colok, mercun jarum dan mercun bawang.. Tapi sekarang ni bukannya mercun tapi mercun bola, mercun telur naga dan bunga api.

Sekarang nak tengok bunga api dah tak perlu tunggu hujung tahun ataupun bulan kemerdekaan. Kiri kanan, depan belakang.. Macam-macam bunga api yang meletup di atas itu..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...