OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 27 August 2012

Musim Bercinta

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 
cinta sejati
Entah macam mana malam ini aku terasa nak bercerita pasal cinta.. Sudah agak lama aku tinggalkan perasaan yang indah dan penuh dengan kesakitan itu.. Walaupun dah tinggalkannya tetapi ada masa-masa tertentu yang akan membuat aku ingin sekali lagi mengecapi perasaan itu.. Perasaan yang, hanya orang yang pernah jatuh cinta sahaja yang tahu.

Bercakap pasal cinta, apa yang aku dapat perhatikan sehingga hari ini adalah Cinta ini ada musimnya.. Setiap hari ada orang yang bercinta tetapi pada musim cinta, ramai orang yang akan post kata-kata yang indah dan mencairkan jiwa di dalam facebook mahupun blog. Senang kata kat facebook tu berlambak-lambak post pasal cinta.

Apabila musim bercinta ini berlalu, akan ada satu musim yang akan menggantikannya.. Pada musim ini.. Kata-kata.. " We Are Not Meant Together.. Let Breaks." adalah kata-kata yang sangat popular. Masa ni dalam facebook banyaklah lagu-lagu sedih dan ayat-ayat untuk menaikkan semangat diri ini.. " Jodoh itu ditangan Allah." " Kalau dah jodoh tak kemananya." dan sebagainya..

Senang kata apabila orang buat post pasal cinta.. Mula lah ramai yang ikut.. Apabila orang buat post pasal putus cinta pastu ramai juga yang ikut.. Jadi aku nak tanya korang semua.. Cinta ni bermusim ke???

Terima kasih.. salam dari pantai timur..
Mohd Lokman Bin Ramli
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...