OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 24 August 2012

Nak Buang Bayi Dalam Tong Sampah Ke???

 Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Semalam aku terdengar tentang Orphan Care di dalam TV3. Sebelum ini aku tak pernah tahu kewujudan pusat penyerahan bayi di Malaysia. Orphan Care adalah sebuah organisasi yang menjaga bayi yang ditingggalkan dan tidak diterima oleh ibubapanya yang belum berkahwin. 

Tujuan menubuhan Orphan Care ini bukannya untuk menggalakkan orang ramai membuang bayi tetapi ianya kerana meningkatan jumlah bayi yang dibuang setiap tahun. Setiap hari kita mendengar berita bayi ditemui dibuang di dalam tong sampah, dalam longkang, dalam semak, dalam sungai dan lebih kejam lagi bayi tersebut dikisar sampai hancur. Kita ni lebih hina dari binatang ke?? Binatang pun tak bunuh anaknya.. Kita?? fikir-fikirkan lah.. 

Bagi ibu-ibu yang masih mempunyai kewarasan dan sifat kemanusian boleh lah meninggalkan bayi di dalam tempat di beri nama Baby Hatch. Baby Hatch dilengkapi sensor berat badan yang mengaktifkan penggera untuk memberitahu petugas. Baby Hatch dilengkapi lampu, air-conditioned, dan kamera litar tertutup.. 

Tetapi ingat, apabila bayi sudah ditingggalkan di dalam baby hatch, korang tidak akan dapat membuka pintunya kembali. Ini bertujuan untuk menjaga keselamatan bayi tersebut. Fikirlah baik-baik.. 

Kalau tak nak buang bayi, janganlah kita buat anak.. Kalau tak tahan sangat, kahwin je.. Selesai masalah.. Kasihan kepada bayi yang tak bersalah itu. Dia tak sempat nak melihat dunia. Biasanya bayi yang meninggal akan membantu emaknya di akhirat... Tetapi kalau emaknya yang membunuhnya.. Apa yang akan berlaku nanti??

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...