OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 7 August 2012

PLC - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini aku teruskan modul yang ke-4.. PLC ( Programmable Logic Controller).. Menurut lecturer, modul ini adalah di antara modul yang mahal untuk 3 hari practical.. Harga pendaftaran biasanya RM3000 dan ke atas.. Tetapi untuk kami sebagai pelajar UTeM, kami dapat ikuti kursus ini secara free sahaja.. ^_^

PLC adalah satu program di mana kita hendak set mesin itu berkerja mengikut kehendak kita.. Seperti contoh, Vending Mesin.. Kita nak buat litar untuk mesin itu beroperasi bermula dari duit syiling dimasukkan sehingga air tin itu jatuh ke bawah..

Nampak macam senang, tetapi sebenarnya litar ini sangat rumit.. Kita ada duit 10sen, 20sen dan 50sen.. Kita nak jadikan counter itu mengira sehingga ke RM1.50.. Apabila dah cukup RM1.50 litar akan berhenti beroperasi buat sementara waktu.. Selepas itu kita akan tekan butang untuk perisa air yang kita hendaki kan?? Apabila kita tekan butang itu, litar ini akan switch on dan mesin akan menolak air yang kita hendaki itu jatuh ke bawah... Dapat dah awak minum air itu..

 Itulah PLC..
plc
PLC TRAINING WORKSTATION
switch
 PUSH ON BUTTON
plc
PLC CONSOLE
Terima kasih..salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...