OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 11 August 2012

Pneumatic - Kursus Amalan Kejuruteraan

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Terasa lama tak update blog ini sebab sibuk sangat.. Sibuk nak habiskan modul kursus amalan kejuruteraan sebelum raya. Kami semua mengejar masa sebab nak habiskan modul minggu ini juga.. Modul yang dijadualkan minggu depan kami anjakkan ke minggu ini semata-mata nak balik beraya awal. ^_^

Selepas modul PLC, aku sambung modul Pneumatik pula.. Modul ini paling senang jika di banding dengan modul-modul sebelum ini.. Masa untuk habiskan modul ini hanya 1 hari..

Apakah itu Pneumatik??


Pneumatik di dalam bahasa Yunani bererti udara atau angin. Semua sistem yang menggunakan tenaga yang disimpan dalam bentuk udara yang dimampatkan untuk menghasilkan suatu kerja adalah sistem Pneumatik


Kelebihan sistem pneumatik

Mudah dan simple Rekabentuk Dan Kawalan
-Mesin mudah direka menggunakan silinder standard & komponen lain.
Kebolehpercayaan
-Sistem pneumatik cenderung untuk mempunyai jangka hayat operasi yang lama dan memerlukan penyelenggaraan yang sangat sedikit. Kerana gas boleh mampat, jadi peralatan kurang dirosakkan oleh kejutan. Gas dalam pneumatik menyerap kuasa berlebihan, manakala cecair hidraulik secara langsung memindahkan daya.
Penyimpanan
-Gas mampat boleh disimpan, membenarkan penggunaan mesin apabila kuasa elektrik hilang.
Keselamatan
-Risiko kebakaran kurang (berbanding dengan minyak hidraulik).
Mesin boleh direka menjadi sangat selamat.







Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...