OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Tuesday, 14 August 2012

Rukun-Rukun Solat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Sebelum zohor tadi, aku ada tengok TV Al-Hijrah.. Tazkirah yang diberikan oleh seorang ustaz itu membuatkan aku tertanya-tanya.. Aku tertanya, berapa banyak kah ilmu aku dalam solat. Apabila terdengar tazkirah itu terus aku tergaman.. Ilmu yang aku ada sekarang sangat sedikit.

Solat itu adalah tiang agama.. Walau secantik, seindah, setinggi mana sesebuah rumah kalau asasnya tidak kukuh pasti akan runtuh dengan goyangan yang sedikit. Solat pun sama lah.. Kalau solat kita tidak sempurna, amalan-amalan yang lain juga turut terpengaruh.

Kita pasti pernah dengar, solat itu mencegah kemungkaran.. Kalau solat kita sempurna dan diterima ALLAH, pasti diri kita akan terhindar dari perkara-perkara yang mendatangkan dosa.

Untuk itu, ilmu yang aku ingin kongsi dan dipelajari bersama-sama hari ini adalah Rukun-rukun solat. Rukun solat ada 13.

  1. Berdiri tegak
  2. Niat
  3. Takbiratul Ihram
  4. Baca surah Al-Fatihah
  5. Rukuk dengan Tama'ninah                             *Tama'ninah - Berhenti buat seketika
  6. I'tidal dengan Tama'ninah
  7. Sujud dengan Tama'ninah
  8. Duduk diantara dua sujud dengan Tama'ninah
  9. Tahiyyat akhir
  10. Baca lafaz tasyahhud
  11. Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
  12. Salam
  13. Tertib

Sila pergi ke laman web ini untuk penjelasan yang menyeluruh..

Minta tunjuk ajar dari para ulama atau para guru untuk membetulkan kesilapan saya jika ada..wallahualam

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...