OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 11 August 2012

Segmen: Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya

kenalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

Hehe.. Terima kasih diucapkan kepada Hani sebab jemput saya untuk join segmen ini.. Untuk pengetahuan rakan blogger sekalian, segmen ini bertujuan untuk Cik Nurfara Hani mengenali blogger-blogger di seluruh Malaysia.

Tarikh tutup segmen ini adalah pada 25/8/2012..

Bersempena bulan syawal nanti saya nak cakapkan sesuatu berkenaan kenalan.. Kenalan ataupun kawan adalah sangat penting. Dalam dunia ini tiada siapa dapat hidup tanpa kawan. Kita hidup ini perlukan sokongan dan bantuan daripada orang lain. Kalau kita tak ada kawan sama lah seperti kita berjalan di muka bumi ini tanpa seorang manusia pun kelihatan. Keseorangan dan kesunyian. 

Jadi cari lah kawan di mana-mana sahaja.. Lagi ramai kawan, lagi bagus. Saya sebenarnya amat rindukan kepada kawan-kawan sepermainan masa budak-budak dulu. Dulu setiap hari kami keluar bermain.. Kalau masa raya, kami akan berkumpul dan beraya ke rumah jiran bersama-sama. Seronok sangat.

Tapi sekarang, apabila semua dah berjauhan kerana belajar.. Rasa macam hilang sedikit keseronokan beraya. Walaupun kami berjumpa masa raya nanti tetapi keseronokannya tetap tidak sama seperti dulu.. Rindu nak rasa keseronokan itu sekali lagi.. huhu.. T_T

Terima kasih.. salam dari pantai timur.  


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...