OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 22 August 2012

Segmen survival : Battle Royale

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Entri ini adalah untuk satu segmen yang lain dari yang lain.. Berbeza sangat, sangat dan sangat segmen ini berbanding segmen-segmen yang korang semua anjurkan. Segmen ini diberi nama BATTLE ROYALE.

Dengar sahaja battle royale tentu kaki-kaki gusti smackdown tahu bagaimana segmen ini akan dijalankan. hehehe.

Segmen ini adalah segmen survival. Seramai 16 peserta (8 blogger lelaki dan 8 blogger perempuan) akan berentap dalam segmen ini.. Sebanyak 16 episod (16 entri akan disiarkan) selama 11 minggu. Seorang demi seorang akan disingkirkan melalui undian. Hanya 2 orang blogger yang benar-benar kental dan bijak akan mara ke pentas final. Juara segmen ini akan dipilih melalui undian dari 5 peserta yang tersingkir.

Kunci kejayaan dalam segmen ini adalah kesungguhan update blog, komunikasi berkesan antara peserta, perancangan strategi, Intel (maklumat), sedia melakukan tugasan dan penggunaan masa yang bijak..

Aku dah sertai segmen ini.. Sekarang tengah tunggu 4 orang lagi peserta yang berminat untuk join segmen ini.. Kalau berminat sila klik disini..

Cepat join sebab tempat sangat terhad..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...