OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 30 August 2012

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-55 dari INFINITY

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari Merdeka ke-55 tahun 2012

Sekejap lagi Negara kita akan menyambut hari kemerdekaan yang Ke-55. Tujuan kita menyambut kemerdekaan ini adalah untuk memperingati jasa dan pergorbanan orang terdahulu dalam membebaskan negara dari penjajahan kuasa asing.

Tema sambutan hari merdeka tahun 2012 adalah " 55 Tahun Janji Ditepati ". Oleh kerana tiada logo rasmi pada tahun ini, jadi aku mengambil keputusan untuk meletakkan bendera malaysia di atas sebagai perghormatan pada hari kemerdekaan.

Hari kemerdekaan tahun ini terasa sedikit hambar kerana kontoversi-kontroversi yang melanda pada pemilihan lagu, logo dan tema kemerdekaan tahun ini. Ramai rakyat malaysia membantah pemilihan lagu, logo dan tema tahun ini kerana terdapat unsur-unsur politik yang kuat disebaliknya.

Pada Pendapat Aku.. " Kita sebagai rakyat malaysia kena menghormati hari kemerdekaan. Hari kemerdekaan bukannya tempat untuk kita saling menghina antara satu sama lain. Jadi sama-sama lah kita melupakan hal yang remeh temeh ini dengan memperkuatkan hubungan silaturahim antara kita semua. Buang yang keruh, ambil yang jernih. "

" We all Malaysian. There no need for us to fight each other because of this day. Lets hold our hand together and sing along National Anthem (Negara Ku) with high national spirit. Thanks to god our beloved country is still peaceful and we lived in harmony. "

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...