OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 23 September 2012

Blog Boleh Hidup Tanpa Follower

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada pandangan aku, Reader/pembaca adalah sangat penting buat sesebuah blog. Ini kerana, kalau tiada pembaca tiadalah follower. Aspek utama bagi seseorang itu membuat keputusan untuk follow sesebuah blog adalah membaca apa yang disampaikan di dalam blog tersebut. Mana ada orang follow blog tanpa membaca walaupun sedikit apa owner blog itu sampaikan. Kalau ada pun mesti kerana blog tersebut mempunyai design yang cantik dan memikat pemgunjung.

Apabila kita dah follow sesebuah blog, kita tak akan buka lagi blog tersebut melainkan owner blog postkan entri yang menarik. Betul tak?? Bagi aku macam tu lah sebab dalam Dashboard kita itu hanya menunjukkan update terbaru blog yang kita telah follow. Jadi yang mana datang dahulu, Pembaca atau follower?

Mestilah pembaca kan.. Sebab kita akan klik link blog tersebut untuk membaca entri yang menarik itu. Kalau tak kita hanya akan scroll down list blog, melihat dan membaca tajuk-tajuk entri yang terbaru itu. Jadi ada follower yang ramai tapi tak sudi membaca entri kita amat merugikan.

Kita juga kebanyakkan masa hanya menggunakan search engine seperti pak cik google, yahoo dan lain-lain untuk mencari maklumat. Jadi tanpa follower, blog kita itu masih mampu untuk hidup di dalam dunia maya ini dengan hanya pembaca. ^_^.. Tapi yang pasti kalau ada follower, bertambah banyaklah kelebihannya kepada blog kita..

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...