OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 20 September 2012

Blogwalking Penting Ke??

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Malam ini aku nak ambil masa untuk buat aktiviti Blogwalking di blog-blog yang telah menyertai Segmen : Jom tingkatkan Followers Sampai Lebam dan Jom Join Bloglist Miss Nadya Power !!. Aku akan cuba melawat ke seluruhan blog pada malam ini. Sebelum itu, aku nak kongsi pandangan aku terhadap Blogwalking.

Blogwalking ini adalah satu aktiviti dimana kita melawat ke blog-blog rakan kita dan meninggalkan comment pada entri diorang ataupun di shoutbox. Blogwalking ini juga adalah salah satu teknik yang sangat berkesan untuk meningkatkan jumlah follower dan mempromosikan blog kita kepada orang ramai.

Blogwalking ini sangat penting untuk kita menjalinkan hubungan silaturahim dengan sahabat-sahabat blogger di alam maya ini. Samalah juga keadaannya di mana kita hidup berjiran di dunia ini. Jikalau kita tidak bertegur sapa dan melawat jiran disebelah rumah, sampai bila-bila pun jiran kita itu tidak akan kenal siapa kita.

Jadi bagi aku, blogwalking ini sangat bagus dan penting buat seseorang yang bergelar blogger. Teknik blogwalking ini juga bagus bagi blogger-blogger baru yang inginkan blog mereka itu didatangi oleh orang lain. Bagi diri aku.. Apabila ada orang sudi baca dan comment entri aku walaupun seorang, semangat untuk berblog itu terus meningkat. ^_^. hehe.. Ada juga orang yang sudi mendengar apa yang aku sampaikan..

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...