OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 13 September 2012

Cabaran Menjadi Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apabila dah habis Kursus Amalan Kejuruteraan, aku macam dah tak ada idea nak tulis post untuk kongsi dengan kamu semua. Macam kosong je dalam minda aku ini. Idea yang datang pun adalah pasal perasaan yang mengarut dan tak menarik pun untuk dikongsi bersama.

Mungkin ini lah salah satu cabaran menjadi blogger. Aku! kalau boleh hari-hari nak kongsi cerita yang menarik dengan kamu semua. Tak nak nampak kosong je blog ini. Tapi susah la, sebab langsung tak ada cerita yang boleh menarik minat kamu semua untuk membacanya.

Aku nak tulis post ni pun fikir banyak kali. Asyik tekan backspace je dari tadi. Hmm.. Aku perlu baca balik post-post aku yang lama dan fikirkan apa tema terbaik untuk blog ini. Nampak menyedihkan apabila tak update apa-apa pun disini.. T_T

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...