OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 22 September 2012

Follower VS Reader

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Sebelum ini aku ada kata nak buat Blogwalking ke semua blog yang sertai segmen jom tingkatkan followers sampai lebam kan?? haaa.. yang sebelum ni.. Tapi tahu tak sesuatu?.. aku tak dapat blogwalking ke semua blog yang sertai segmen itu disebabkan jumlah peserta yang terlalu ramai.

Apabila buka senarai peserta, reaksi aku adalah " Wah!!!!.". Aku terkejut sebab tengok senarai peserta yang mencecah seramai 268 orang.. Perhh.. Itu bagi aku laa.. Bagi korang semua aku tak tahu.. Tapi yang pasti angka 268 itu amat banyak bagi penganjuran segmen. ^_^.

Tuan punya blog ini memang tidak main-main dengan tajuk segmen itu. Aku buat blogwalking ke seratus blog terawal pun dah lebam-lebam mata ini.. Bukan main banyak lagi blog yang ambil peluang ini untuk mendapat follower dan follow blog yang disukai.

Masa tweet dengan haz, aku sedar sesuatu.. Antara Follower dengan Reader/pembaca, siapa yang paling penting?? dari sudut pandangan aku.. Kepentingan pembaca lagi tinggi dari follower. Maaf kepada blogger yang sedang mencari follower yang ramai sekarang ni.. Tapi dari pandangan aku, pembaca lah yang lebih utama..

Kenapa?? 

Tunggu post selepas ini..

Terima kasih..salam dari pantai timur.




Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...