OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 1 September 2012

Minggu Haluan Siswa (MHS) UTeM Program Ijazah Tahun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

selamat datang ke utem
Hari ini aku banyak sangat buat blogwalking ke blog-blog yang ada di malaysia ini sehingga aku lupa bahawa esok adalah hari pendaftaran mahasiswa/siswi bagi program ijazah di seluruh Malaysia tahun 2012.

Aku ucapkan selamat datang kepada Mahasiswa/siswi yang akan mendaftar di UTeM. Tahniah juga sebab anda terpilih dari puluhan ribu yang memilih UTeM sebagai tempat untuk melanjutkan pelajaran. Bukan mudah tau untuk kita dapat tawaran ini sebab saingan kita bukannya seorang dua. ^_^

Aku nak kongsi sedikit pengalaman menjalani Minggu Haluan Siswa atau dikenali sebagai MHS di UTeM. Untuk hari pertama, adik-adik akan menjalani proses pendaftaran universiti dan asrama. Proses ini akan berlangsung di Dewan Besar UTeM.

Selepas selesai pendaftaran, adik-adik boleh pergi ke asrama masing-masing. UTeM tidak mempunyai asrama di dalam kampus induk. Jadi adik-adik perlu pergi ke asrama luar kampus yang terletak sama ada di Bukit Beruang, Taman Tasik Utama (TTU), Makmur ataupun di Pulau Gadong.

Selesai penginapan asrama, aktiviti pertama Minggu Haluan Siswa akan bermula pada ke esokkan harinya. Bermula hari itu, adik-adik akan terikat dengan peraturan universiti. Adik-adik akan diberi makan secara percuma selama satu minggu dan tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama.

Pada minggu ini, adik-adik akan berhadapan dengan masalah bas. Asrama UTeM terletak jauh dari kampus induk. Jadi adik-adik akan berebut bas untuk pergi ke Kampus Induk dan Pulang Ke Asrama. Buat masa seminggu ini, adik-adik perlu lah bersabar dengan masalah kekurangan bas ini.

Tapi disebalik masalah itu ada banyak kelebihannya. Kelebihannya adalah aktiviti sepanjang minggu ini amat lah kurang berbanding dengan Universiti yang lain. Abang dan kakak facilitator tidak punyai masa untuk buli pelajar-pelajar baru. Jadi tak payah gusar dan takut . ^_^. Rasanya itu sahaja kot buat masa sekarang. hehe

Warning - Jangan tidur di dalam dewan sebab wajah adik-adik yang suci murni itu dengan air liur basi meleleh akan terpapar di skrin besar. Kalau rasa nak jadi famous, cuba lah buat. Kamera ada di mana-mana sahaja.. hehe

Enjoy this week. Ok. Gudluck. Welcome to UTeM. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur





Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...