OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 28 September 2012

Pertandingan Video Osem UTeM 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

save palestin

Bersempena Karnival Penghayatan Islam ke-3, Persatuan Badar (Badan Dakwah Dan Rohani) UTeM telah menganjurkan Pertandingan Video Osem UTeM.

Objektif utama project video ini adalah untuk mengumpulkan idea-idea segar dalam bentuk video kreatif bagi membina pandangan masyarakat terhadap agama islam. Pertandingan ini terbuka kepada seluruh warga UTeM. Video ini perlu dilakukan secara kumpulan dan panjang maksimum video ini ialah 5 minit.

Hadiah yang lumayan ditawarkan kepada peserta yang mendapat tempat di dalam pertandingan ini.. Tempat pertama akan mendapat duit RM300 beserta dengan sijil penyertaan. Tempat kedua, RM200 + sijil dan tempat ketiga akan mendapat RM100 beserta sijil. Tarikh tutup adalah pada 16 oktober 2012..
Sertailah sebelum terlambat..   



Terima kasih..salam dari pantai timur..
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...