OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 15 September 2012

Senshi BurogÄ ( Blogger Warrior )

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Akhirnya saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Ketua kami, PaPa Blogger sudah pun secara rasmi mengumumkan Siapa Kami Di Dalam Dunia Blogger ini.. hahaha.. Kami lah Senshi BurogÄ, atau dalam bahasa jepun, Blogger Warrior.

Aku suka dengan nama kumpulan ini sebab watak anime kegemaran aku, Uchiha Itachi datangnya dari jepun. Wataknya dalam siri Naruto membuatkan aku teruja dengan kehandalan, kebijaksanaan dan kecekapannya dalam melaksanakan misi.

Orang salah anggap Uchiha Itachi ini sebagai watak yang jahat. Yang sebenarnya dia adalah pahlawan terbilang yang sanggup mengorbankan dirinya untuk menghalang peperangan yang besar berlaku di kampungnya. Dia juga seorang abang yang sangat penyayang. Satu-satunya kegagalan dalam misinya adalah dia terlalu sayangkan adiknya., Uchiha Sasuke. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...