OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 12 September 2012

Syair Muhasabah Diri Yang Menyebabkan Imam Ahmad Menangis Teresak-esak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

 Malam-malam macam ni saya terjumpa satu syair yang sangat merdu dan penuh peringatan sehingga Imam Ahmad Bin Hanbal pun menangis mendengarnya.

Imam Ahmad Bin Hanbal(rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulaqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yang berkaitan dengan syurga dan neraka. Lalu beliau bertanya. " Seperti apa? Contohnya?."

Lalu muridnya mendendangkan syair ini. selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mengulang-ulang 2 rangkap pertama itu.

" Jika Tuhanku bertanya pada ku... 
Tidak malukah kau bermaksiat pada-ku?

Kau sembunyikan dosa mu dari makhluk-ku..
Dan datang pada-ku dengan penuh dosa."


Semoga kita beringat selalu.. 

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...