OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 19 September 2012

Takbiratul Ihram

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

takbiratul ihram
Bismillahirrahmanirrahim...

Kembali lagi saya dalam segmen solatku. Kali ini saya nak sambung dengan rukun solat yang ke-3 iaitu Takbiratul Ihram. Selepas kita berdiri tegak, maka mulailah kita melakukan takbir. Perbuatan ini dilakukan dengan mengangkat kedua tangan separas bahu dengan jari-jari terbuka agak rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari berdampingan dengan telinga sambil mengucapkan Allahu Akbar yang disertakan dengan niat. Bagi orang perempuan hendaklah ianya tidak diangkat terlalu tinggi. Rujuk gambar dibawah.

Niat ini diniatkan di dalam hati. Korang boleh baca bab niat di dalam entri ini http://lokmanramli.blogspot.com/2012/08/berniat-dalam-hati.html

takbiratul ihram lelaki dan perempuan

Jom kita sama-sama baca apa jawapan kepada persoalan yang dikemukakan di bawah ini.. 

Soalan: Sahkah sembahyang seseorang yang bertakbiratul Ihram dengan perlahan iaitu dengan hanya menggerakkan mulut tanpa mengeluarkan suara? Daripada apa yang saya tahu, takbiratul ihram itu perlu dilafazkan dengan suara sekurang-kurangnya sekadar didengari oleh telinga kita. Jika betul, bagaimana dengan solat kebanyakan masyarakat pada hari ini yang dilakukan begitu?

Jawab: Jika mereka melakukannya dalam keadaan tahu, maka tidak sah solatnya. Dan jika ia dilakukan dalam keadaan jahil, maka wajib atas mereka belajar. Adalah satu dosa jika ilmu-ilmu fardu ain tidak diketahuinya. Bagaimana amalan itu boleh diterima oleh Allah Taala jika ia dilakukan tanpa ilmu serta tidak menepati kehendak syariat. Manakala mereka yang melihat akan kesalahan ini, wajiblah menegurnya dan mengajarnya.

Wallahualam
Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...