OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 23 September 2012

Tapi Blog Juga Boleh Jatuh Tanpa Follower

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Ini sambungan bagi entri sebelum ini.. Macam berat sebelah je kalau aku tak sebut pasal follower. Aku dah ceritakan pendapat aku pasal pembaca sebelum ini. Memang betul blog boleh hidup tanpa follower, tetapi blog juga boleh jatuh tanpa follower. 

Dalam masa hampir setahun aku menjadi blogger dah macam-macam cara aku buat untuk mencari follower. First, aku buat blogwalking dan tinggalkan comment di blog-blog yang ada. Kedua, aku join segmen yang dianjurkan oleh rakan-rakan blogger. Aku tahu kewujudan segmen ini pun hanya pada bulan 4 tahun ini.. Semasa aku mula serius untuk berblog.

Dan yang ketiga aku join group facebook untuk tambah follower. Antara kesemua cara yang telah aku lakukan, join segmen adalah cara yang paling pantas untuk menambahkan bilangan follower. Sejujurnya, aku memang nak kan follower yang ramai. 

Blog boleh jatuh tanpa follower kerana follower ini lah yang memberikan semangat kepada blogger baru seperti aku ini untuk terus setia menjadi seorang blogger. Rasa seronok jikalau setiap entri yang kita tulis  itu mendapat comment dan feedback dari orang lain. ^_^. 

Orang yang commnet setiap entri kita tu biasanya bukan orang lain pun.. Follower kita jugak. Jadi sebab itulah aku tidak pernah menggunakan ayat.. " i follow you, follow me back.. Ok. -_^." untuk dapatkan follower. Aku ingin dapatkan follower yang sukakan cara penulisan dan apa yang aku sampaikan di blog ini. Jadi awal-awal lagi aku tulis " Follow lah blog ini dengan seikhlas hati.. ^_^. Nilai dulu sebelum buat keputusan." 

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...