OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 15 September 2012

Terima Kasih Ya Allah Kerana Mempertemukan Aku Dengan Seorang Perempuan yang Sangat Hebat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 

menangis lah

Lama dah tak luahkan perasaan kat sini.. ^_^. Walaupun aku tak pernah rasa bercouple, tetapi aku ada seorang insan yang amat aku sayangi. Sejak dari pertemuan pertama kami sehingga lah hari ini, aku sentiasa memandang kehidupan dirinya.

Aku bukan pilihan yang terbaik untuknya. Aku sendiri pun rasa yang jarak kami ini terlalu jauh. Dia terlalu baik buat diri aku yang penuh dengan kejahatan ini. Pertemuan aku dengannya adalah takdir Allah yang memberikan sinar baru buat dirinya dan juga pengajaran buat diri aku.

Aku bersyukur pada Allah kerana dipertemukan dengan insan sebaik dirinya. Banyak perkara yang aku belajar dari dirinya. Perkara yang tidak pernah terfikir terjadi pada insan-insan yang rapat dengan diri aku. Dari situ lah aku belajar betapa hebatnya diri seorang perempuan.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...