OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 24 September 2012

Tiada Tempat Yang Selamat Di Atas Jalan Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Inilah yang dikatakan.." Malang tidak berbau.". Hari ini sahaja aku dapat menyaksikan dengan mata aku sendiri 2 kemalangan besar yang meragut nyawa. Kemalangan pertama di dalam gambar di atas itu berlaku pada awal pagi tadi. Menurut orang awam, ada mangsa yang meninggal dunia. Jarak kejadian kemalangan ini berlaku dari tol Ayer Keroh adalah lebih kurang 750 meter, laluan menghala ke utara. Betul-betul berlaku di bawah jambatan UTeM. Apa yang aku nampak adalah kesan terbakar yang teruk dengan muatan lori yang membawa rokok dan arak bersepah di tepi jalan.

Kemalangan yang kedua ini yang paling menyeramkan aku.. Kemalangan ini berlaku di persimpangan lampu isyarat MITC. Tempat yang setiap hari aku lalu. Kemalangan ini berlaku apabila sebuah lori merempuh 2 buah lori lain, l kancil, 1 iswara,1 honda dan 4 buah motor yang berhenti di persimpangan lampu isyarat itu. 2 orang meninggal dunia dalam kemalangan ini.

Sebab itulah aku kata, tiada tempat yang selamat di atas jalan raya.. Jadikan kejadian ini sebagai peringatan bagi kita yang masih hidup.. 


Semoga Allah mencucuri rahmat.. Al-fatihah








sumber- http://www.facebook.com/EvolusiAnakMelaka

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...