OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 7 October 2012

AKU & BLOGGER 3 : BATTLE ROYALE

Assalamualikum dan salam sejahtera..


Bagi tugasan imuniti episod 6 ini, saya akan menjawab 10 soalan yang telah diberikan itu.. Saya mula mengenali game blogger ini apabila cik nadia farhana mula menyertai segmen ini. Ketika itu, abang awie ada menyatakan dalam comment entri, cik yaya diterima untuk menyertai battle royale ini. Jadi saya pun ingin turut sertai apabila nampak segmen ini lain dari yang lain.

Saya tahu kewujudan komik/filem battle royale hanya selepas saya menyertai segmen ini. Saya juga tidak mengenali mana-mana blogger yang pernah sertai game blogger ini kerana saya masih baru dalam dunia blog. Bagi saya, komik lagi best sebab ia menunjukkan idea sebenar pelukis asal komik tersebut. Original lebih baik dari pirate. Lagi satu saya sukakan komik sebab saya peminat anime dan manga.

Tema battle royale untuk segmen ini memang tepat sebab kami perlu bersaing dengan blogger-blogger yang lain. Saya tidak boleh nak pilih mana satu watak kegemaran atau watak yang saya tak suka sebab saya belum tengok lagi filem dan baca komik battle royale. Royale Rumble adalah cadangan saya untuk menjadi tema game blogger yang akan datang.

Buat masa ini tidak ada lagi rakan blogger yang berminat untuk menyertai game ini. Jadi kepada sesiapa yang berminat sila bagitahu pada saya. Berdasarkan permerhatian saya, nilai positif dan pengajaran yang saya boleh ambil dari cerita tersebut adalah jangan anggap nyawa manusia ini tidak bernilai langsung. Jangan disebabkan sikap pentingkan diri sendiri, kita sanggup membunuh orang lain.

Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...