OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 4 October 2012

Hasilkan Elektrik Menggunakan Haba

Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Thermocouple adalah sensor untuk mengukur suhu. Thermocouple menggunakan 2 wayar berbeza jenis yang digulung bersama pada penghujungnya. Apabila penghujung ini dipanaskan atau disejukkan, terdapat voltage yang terhasil hasil tindak balas tersebut. Proses ini dinamakan Seeback Effect atau Thermoelectric Effect.


Berdasarkan gambar rajah diatas, circuit itu menggunakan 2 wayar yang berbeza iaitu Metal A dan Metal B. Kedua-dua wayar tersebut di cantumkan bersama pada Th (hot junction). Pada Tc (cold junction), kedua-dua penghujungnya disambung pada Voltmeter. Satu + dan satu - . Apabila Th dipanaskan, terdapat bacaan pada voltmeter. Ini bermakna proses thermocouple dapat menghasilkan elektrik.

Proses ini memang dapat menghasilkan voltage tetapi nilai terhasil itu adalah kecil iaitu pada bacaan milivolt. Bacaan voltage ini bergantung pada jenis bahan wayar dan juga perbezaan suhu antara wayar tersebut. Lihat video dibawah untuk demontrasi menghasilkan elektrik.


Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...