OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 3 October 2012

Bahayanya Berjanji

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

protect you

Sekali aku Berpegang Janji, selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah janji itu akan ditepati. Apabila masuk bab janji, kita kenal fikir masak-masak sebelum berjanji dengan seseorang. Tak kira lah sama ada janji itu berat atau yang biasa-biasa sahaja. Selagi namanya JANJI, selagi itu lah kita kena fikir baik-baik dan tunaikannya.

Berjanji itu harus ditepati dan melanggar janji bererti berdosa. Kita berdosa kepada orang yang mempercayai kita itu dan juga kepada ALLAH. Allah telah memerintahkan kepada kita untuk melaksanakan semua janji yang telah kita ucapkan.

Jangan sesekali mungkir janji kerana ianya membawa kepada banyak keburukan dan kebinasaan. Apabila satu kali kita mungkir janji, orang mula berpaling dari mempercayai kita. Hubungan silaturahim diantara kita juga boleh putus akibat tidak menjaga janji.

Oleh itu, kalau kita tidak mampu untuk memegang pada janji. Janganlah Berjanji. Fikir masak-masak sebelum melafazkan janji tersebut.

Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...