OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Saturday, 6 October 2012

EVerGREEN UTeM di Litar Antarabangsa Sepang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Hehe.. Hari ni first time saya menjejakkan kaki di salah satu tempat yang paling popular dalam sukan permotoran di malaysia iaitu LITAR ANTARABANGSA SEPANG. Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA ( UTeM ) kerana memberi peluang kepada saya dan kawan-kawan datang ke tempat ini.

Tujuan sebenar kami semua datang ke sini adalah untuk memberikan sokongan kepada EVerGREEN UTeM yang menyertai pertandingan Proton Green Mobility Challenge 2012. Berdasarkan persembahan  cemerlang yang diberikan oleh pasukan UTeM tadi, nampaknya Kereta EVerGREEN dapat mencabar peserta-pesertanya yang lain. UTeM sekarang menduduki carta teratas dalam persaingan ini. Apa yang tinggal sekarang adalah cabaran farthest distance. Harapnya EVerGREEN mampu memberikan persembahannya yang terbaik pada keesokan harinya dan menobatkan UTeM sebagai JUARA. Insyallah.

Untuk melihat perkembangan terkini sila lawati http://www.facebook.com/PGMC.EVerGREEN.UTeM.

Ini antara kereta dari universiti-universiti yang mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Dari sudut pandangan kami, kereta dari UTM dan UMP paling menarik perhatian kerana rekaannya yang ringkas dan sesuai untuk prototype bagi proton mengeluarkan kereta EV.










Terima kasih..salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...