OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Monday, 1 October 2012

Jangan Berat Tangan Untuk Bersalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Kenapalah aku tak hulur je tangan ini tadi untuk Bersalaman dengan orang lain." Teruknya. ". Mesti diorang pandang aku dengan pandangan yang negatif. Mesti diorang kata aku ni sombong. Hisss.. Kalau lah aku boleh undur masa. Nak je aku bersalam dengan semua yang ada disitu. 

Inilah kelemahan aku.. Susah nak hulurkan salam pada orang yang tak kenal. Adakah perasaan malu aku masih menghantui diri aku ini atau ini memang dah sikap aku?.. hmm.. Kalau macam ni lah sikap aku, memang kena ubah selepas ini. Aku sendiri pun rasa teruk dan malu. 

Selepas ini aku kena ingat sentiasa untuk menghulurkan tangan dan bersalaman dengan semua orang. Mesti kawan aku itu malu dengan kawan-kawannya kerana perbuatan yang tidak beradab aku ini. Aku minta maaf pada korang. Maaf sangat-sangat dan aku janji untuk ubah sikap aku ini. Mungkin betul apa yang abang Ben cakapkan.. " Allah nak mengejutkan dari leka dengan satu kejadian yang kita tidak disangka langsung." 
 Terima kasih..salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...