OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 21 October 2012

Kelantan Menang Piala Malaysia 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

The Red Warriors

Sekalung tahniah kepada pasukan KELANTAN (The Red Warriors) kerana telah memenangi Piala Malaysia 2012. Bagi aku perlawanan di antara kedua-dua pasukan ini amat sengit. Walaupun di awal perlawanan kedua-dua pasukan nampak bermain berhati-hati tetapi apabila Norshahrul Idlan Talaha berjaya menyumbat gol pertama minit-44, rentak perlawanan terus berubah.

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus membalas balik gol tersebut dengan jaringan Rezal Zambery minit-49. Tak sampai seminit, Norshahrul menyumbat gol keduanya untuk menambah derita ATM pada minit-50. Pasukan ATM tidak berputus asa dan hasilnya Marlon Alex James menanduk masuk bola untuk gol penyamaan pada minit-62. Perlawanan berlangsung hingga ke masa tambahan.

Masa ini nampak semua pemain keletihan dan banyak kecederaan yang menyusul. Apabila masuk minit-92, semuanya berubah. Indra Putra menyumbat gol kemenangan untuk kelantan hasil gerakan yang cantik. Gol ini menjadi pemisah antara kedua pasukan sehingga tamat masa.

Tahniah sekali lagi kepada pasukan The Red Warriors.

Bagi ATM dan terutamanya Hairudin Omar, jangan kecewa kerana anda semua telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dalam perlawanan ini. Perlawanan ini sangat sengit dan menarik. Teruskan aksi cemerlang seperti ini.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...