OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 12 October 2012

Mohd Lokman Bin Ramli, Setahun Menjadi Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

setahun menjadi blogger

Masuk hari ini bermakna, sudah Setahun aku menjadi blogger. ^_^ . Pelbagai ragam dan cabaran yang aku tempuhi dalam mentadbir Blog INFINITY. Untuk hari yang istimewa ini, aku ingin merungkap kembali kenangan, cabaran dan masalah yang aku lalui untuk menjadi blogger seperti sekarang.

Aku masih ingat permulaan aku membina sebuah blog. Aku start dari kosong. Tak tahu apa satu pun pasal blog ini. Aku daftar blog ini dengan nama INFINITY. Kenapa aku pilih nama ini?? Baca di Sini. Rasanya dalam banyak-banyak perkara dalam membina blog, Memilih Nama Blog adalah yang paling susah. Aku ambil masa 3 hari memikirkan nama blog ini.

Selepas itu, aku teruskan dengan membina blog. Aku cari tutorial membina blog ini 100% dari Pak Cik Google. Aku ucapkan ribuan terima kasih kepada blog-blog yang telah membantu aku. Terlalu banyak yang membantu aku sampai lost bilangannya. hehe. ^_^.

Permulaan blog ini sangat unik. Aku tidak sebarkan kewujudan blog aku ini kepada orang ramai selama 3 bulan kerana aku ingin menyiapkan cerita pasal cinta pertama dan memberikan kejutan kepada insan istimewa itu. Seronok tak terkata dalam masa 3 bulan itu.. ^_^. Korang boleh baca kisah aku dengan klik label cinta pertama di bawah.

Apabila 3 bulan berlalu, ombak tsunami melanda diri aku. Aku kehilangan arah tuju hidup ini dan aku amat memerlukan seseorang untuk aku bergantung dan mendengar segala luahan hati aku. Waktu inilah blog INFINITY menunjukkan sebab kewujudannya. Dia wujud untuk memberikan aku jalan mengurangkan rasa kesakitan di dalam hati apabila tiada orang yang memahami dan sudi mendengar luahan aku. Waktu inilah aku berjanji akan setia dengan blog ini sampai bila-bila.
setahun menjadi blogger

Dah bosan membaca ke?? hehe ^_^ . Maaf sebab banyak lagi aku nak sampaikan. Baca sampai habis tau. Sebab ini adalah pengalaman aku setahun menjadi blogger. Harap sabar ya.

Apabila dah berjanji, aku akan tunaikan. Aku terus setia pada blog ini dengan update entri setiap hari. Masa tu memang langsung tak ada orang yang datang ke sini. Follower masa itu pun hanyalah rakan-rakan baik yang bukannya blogger. Aku suruh mereka follow sebab aku tengok blog-blog orang lain ada ramai follower. Dengki jugak la masa tu. hehe.

Tak lama kemudian aku jumpa segmen selepas buat blogwalking. Rupa-rupanya ada juga segmen yang dianjurkan oleh para blogger seperti itu. Nampak menarik je, jadi aku pun terus join segmen tersebut. Dari segmen itulah blog aku mula dikenali dan di follow oleh rakan-rakan blogger.

Apabila dah ada orang yang mula datang ke sini, takkan aku nak biar blog aku seperti biasa kan. " Tak lawa dan comel. " Jadi aku start buat design untuk blog ini. Lama jugak nak cari design yang betul-betul serasi dengan citarasa aku dan pembaca. Setelah lama try and error, akhirnya aku berjaya buat design blog seperti sekarang. Aku cukup puas hati dengan kecantikan blog ini. ^_^.

Setelah itu, aku teruskan update blog ini seperti biasa. Secara purata, aku tulis entri setiap hari. Nak tulis entri pun bukan boleh main tulis je. Kena fikir jugak. Macam blog aku ini. Takkan aku nak tulis pasal politik atau gosip artis. Tak sesuai la. Jadi aku tetapkan dua kategori penulisan dalam blog ini. " Disinilah ruang aku berkongsi ilmu dan meluahkan perasaan." 

Dah jumpa penulisan yang sesuai dengan blog ini, aku teruskan update entri seperti itu sehinggalah sekarang ini. Dari semasa ke semasa, Traffic blog aku terus meningkat. Follower pun dah boleh tahan ramai. Kawan-kawan pun bertambah walaupun tak pernah bersua muka. ^_^.  Ini membuatkan aku gembira menjadi seorang blogger. Cukup setahun aku menjadi Blogger.

Terima kasih..salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...