OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 24 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari Raya Aidiladha 2012

Ada masa 2 hari lagi belum menyambut Hari Raya Aidiladha, tetapi entah mana silapnya.. Aku tidak rasa ada kemeriahan hari raya di alam maya ini. Tidak seperti masa kita semua menunggu untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini.

Apa pun aku nak ucapkan " Selamat hari raya aidiladha kepada seluruh umat islam terutamanya yang sedang mengerjakan ibadah haji dan juga kepada bonda, ayahanda dan ahli keluarga yang lain. Maaf along tak dapat balik ke rumah untuk sambut hari raya pada tahun ini bersama-sama kamu semua. Tapi tak apa lah, along beraya kat sini bersama kawan-kawan. Jadi tak payah lah risau.. ^_^ ".  Ucap awal sangat kot.. hehe. Tapi takpe lah sebab aku akan sibuk hari raya nanti.

Sedikit info berkenaan Kenapa Kita Menyambut Hari Raya Aidiladha ini :


Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
ibadah korban

sumber - http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/322-kebudayaan-di-malaysia/5993-perayaan-aidiladha.html

Terima kasih..salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...