OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Wednesday, 14 November 2012

2012 Tahunku Yang Kacak

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

2012 Tahunku Yang Kacak

2012 Tahunku Yang Kacak

Kacak sangat ke aku ni?? mestilah kacak kan.. haha. Puji diri sendiri pula. Ok lah.. Sebelum aku lupa diri. Tajuk entri ini adalah untuk penyertaan Contest SEO Extravaganza daripada saudara Syaifuddin Alias. Contest ini bersifat SEO, maknanya keyword yang mendapat tempat pertama di dalam engin carian akan layak memenangi wang tunai RM500++. Penaja untuk Contest SEO Extravaganza - 2012 Tahunku Yang Kacak ini adalah Ciktom, mksyahir, FauziBlues, eizil network, lepakk.com, Ladfeamirpenmerah.comMy Arrazi dan nurmisnan

Berbalik kepada entri aku. Tahun ini adalah antara tahunku yang kacak dan cemerlang buat diri aku sebagai blogger. Aku baru sahaja berkecimpung dalam dunia blogger ini dan tak sangka ramai yang sudi follow dan baca blog aku yang tak sebeberapa ini. Walaupun masih belum ramai seperti blogger-blogger yang lain tetapi aku tetap bersyukur ada pembaca setia yang sudi baca dan comment setiap entri yang aku tulis. 

Sunyi rasanya apabila kita buat blog tetapi tiada orang pun yang nak singgah dan bagi comment. Hilang semangat. Itulah yang aku hadapi awal tahun dulu. Tetapi kerana sayangkan blog ini, aku teruskan usaha sehingga blog ini dikenali di alam maya ini. Sepanjang tahun ini, banyak yang aku kongsikan. Cerita gembira, sedih, suka dan duka semuanya ada. 

Selain itu, aku dapat hadiah yang amat bernilai melalui blog ini."Bukan hadiah emas permata ya.." ^_^. Tetapi aku dapat hadiah persahabatan. Inilah hadiah terbaik aku sepanjang aku menjadi blogger. Walaupun tidak pernah bersua muka, tetapi jalinan persahabatan itu terjalin dengan cara interaksi antara aku dan juga rakan-rakan blogger. Sebab itulah kalau ada segmen atau contest, joinlah jika mampu. Mana tahu dengan cara ini kita dapat seorang atau lebih kawan baik. ^_^. 

Kalaulah aku ini kacak, pasti gadis-gadis blogger terpesona seperti dibawah ini kan?? hehe

terpesona wajah kacak
*gurau je..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...