OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 23 November 2012

Bicara Hati Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Lama rasanya tak berbicara tentang perasaan hati. Hehe.. Bukannya apa.. Apabila dah jadi solo fighter, nak buat entri jiwang-jiwang macam dulu pun dah tak ada idea. Nak tulis pun rasa malas sebab dah tak ada feeling.

Masa bercinta dulu dalam kepala ni fikir satu sahaja.. KAHWIN dan berkeluarga. Itu sahaja.. Langsung tak fikir sama ada diri ini sudah berkemampuan atau belum untuk bertanggungjawab terhadap isteri dan keluarga. Sebab itu lah orang kata, cinta itu buta. Apabila bercinta, semuanya kita tidak ambil kira. Betul, salah, susah , senang.. Semuanya diabaikan.. Yang penting hati ini puas.

Mungkin sebab itulah ramai yang bercinta putus ditengah jalan. Janji nak hidup semati. Nak tempuh suka duka bersama-sama. Tetapi apabila badai datang melanda, janji hilang entah kemana. Kepercayaan yang di berikan juga luntur pudar kerana masing-masing masih tidak mempercayai antara satu sama lain.

Satu perkara yang aku nampak apabila jadi solo fighter ini adalah masih banyak yang perlu aku lakukan sebelum aku melafazkan sekali lagi ayat di atas sana. Aku kena ubah dulu diri aku yang serba kekurangan ini. Aku juga kena lebihkan keluarga dahulu sebelum aku  mengejar cinta hati. Apabila bercinta aku juga perlu menjaga orang sekeliling kerana perkahwinan merapatkan hubungan antara dua keluarga.

Kesilapan yang biasa kita lakukan adalah kita berkenalan dengan gadis pilihan kita sampai declare couple, tetapi satu kali pun kita tak pernah nak berjumpa dengan ahli keluarga dia terutamanya ibubapanya. Alasan biasa adalah takut dan belum sampai masanya lagi. Tetapi kita kena ingat, ibubapanya dia suatu hari nanti akan menjadi ibubapa kita juga. Jadi tak salah pun kalau kita berkenalan dengan ibubapanya seawal mungkin untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan antara kita.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...