OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Thursday, 29 November 2012

Blog Popular Impian Setiap Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Blog Popular Impian Setiap Blogger

Blog Popular

Sememangnya sudah menjadi impian setiap Blogger untuk melihat Blognya Menjadi Popular. Seperti mana manusia mempunyai naluri untuk makan dan minum, seperti itu jugalah naluri seorang blogger ingin menjadi popular. Apabila kita mula menjadi blogger, timbul perasaan ingin menjadi seorang blogger yang dikenali ramai dan hebat seperti blogger-blogger yang lain.

Seorang Blogger menjadi popular apabila ramai orang yang baca dan follow blog tersebut. Apabila kita sering baca blog-blog hebat, terdetik juga walaupun sedikit di hati kita nak jadi hebat mereka. Jadi mula lah kita mencari cara untuk menjadikan blog kita dikenali ramai.

Nak jadi popular ni bukan mudah. Bukannya hari ini kita buat blog esok terus orang berduyung-duyung masuk baca apa yang kita tulis. Bukan!!.( lainlah kalau korang ni artis diminati ramai). Tetapi ianya memerlukan usaha yang berterusan. Seperti contoh, memperkenalkan blog kita kepada orang lain.

Kita tak akan menjadi popular jika tiada orang mengenali kita kan?? Betul tak??.. Jadi mula lah kita join segmen-segmen tambah follower, segmen blogwalking, dan macam-macam lagi. Selain itu, kita juga mengambil inisiatif dengan cara ping entri di Facebook Group untuk mendapat perhatian orang lain. Tak cukup dengan itu, kita mula komen dan blogwalking ke setiap blog yang ada sekerap mungkin.

Sampai satu tahap, kawan-kawan sekeliling pun kata.. "Ko ni memang blogger tegar". " Group kelas tu penuh dengan entri blog ko je. Sampai aku pun dah naik muak nak baca. Hari-hari pasal ko je. Kalau pasal awek takpe jugak"..Hehe. Macam tu lah apabila kita asyik ping entri dalam facebook group. ^_+. Betul tak??

Ada juga blogger yang cuba nak jadi popular cepat dengan cara menulis entri-entri yang panas. Aku memang tak nafikan, entri-entri sebegitu memang mampu menarik ramai pembaca di malaysia ini. Tetapi blog-blog sebegitu biasanya tiada follower. Follower yang ada pun hanya sedikit. Kita menulis untuk berkongsi dengan masyarakat, bukannya nak buka aib orang. Sebab itu aku jarang gunakan gambar manusia sebenar. Kalau korang perasan, blog ini penuh dengan gambar kartun/anime.

Aku tak nafikan entri panas dapat menarik ramai pembaca sebab entri terbaik aku bertajuk " Keluar Air Mani ".. Panaskan kata kunci tu?. Padahal tajuk penuhnya adalah Keluar air mani secara tidak sengaja semasa berpuasa.. Apa nak buat??.

Based on True Story of me...... ^_^

Contest ini dianjurkan oleh Blog CoretanAnuar.Com ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2 , azri.my,  bardboo.com , CikTom.com , emasfizikal.com, syaisya.com ,  percutianku.com , Sjiehan.com , StudioAksara , eyriqazz.com

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...