OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 4 November 2012

Blogger Preview 5 - BLOGGER’s EX-CONTESTANTS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Awie Omar - Blogger Battle

Tugasan blogger battle royale kali ini memerlukan aku memperkenalkan 4 blog bekas peserta game blogger musim 1 dan 2. Dua blog dari musim satu dan dua blog dari musim kedua. Penganjur tidak menetapkan sama ada perlu memilih juara atau naib juara. Jadi aku akan perkenalkan mengikut penilaian aku sendiri. 
segmen blogger

Next Top Blogger 1  


Blogger yang pertama ini bernama Irwan Miswan. Berasal daripada Muar, Johor."Muka dah la tak seberapa hensem, banyak kawah pulak tu. Sekolah pun tak habis." Tapi muka ganas tu jangan ingat hati tak ada taman. hehe.. aku lah budak kampung. - Irwan Miswan yang cakap ni.. Bukan aku pandai-pandai kata ya. 

Aku review blog ini sebab aku suka dengan kegigihan Irwan Miswan. Walaupun dia hanya kelulusan spm dan bekerja kampung ( Budak Kampung ), tapi blog dia itu mengalahkan orang bandar. Blog dia ini lebih kepada pertanian. Kepada sesiapa yang suka bertani dan ada menyimpan hasrat bertani di belakang rumah tu, Aku sarangkan korang follow blog budak biasa.

l
V
aziema zaimi

Sama tak?? hehe.. Cantik kan??.. Nama blogger ini adalah Aziema Zaimi. Kebetulan ataupun takdir telah menentukan..^_^ Semasa aku memilih Aziema Zaimi, aku langsung tak tahu yang dia ni adalah blogger yang berada sangat hampir dengan aku. hehe. Dia ni adalah pelajar UTeM/Blogger UTeM. Baru masuk daftar tahun ini. Selamat Datang.

Aku pilih blog Aziema Zaimi seperti cinta pandang pertama. Hehe.. Masuk je aku terus tertarik dengan blog tersebut. Ringkas sahaja design blog dia tapi sangat menenangkan pandangan mata untuk membaca apa yang dikongsikan olehnya. Tak seperti blog aku ini. Nampak serabut je.. hehe. Apapun kalau korang nak berkenalan dengan Aziema Zaimi, kenalah jumpa senior dia dulu, LOKMAN.. hehe. Gurau je.. ^_+


Next Top Blogger 2 


Untuk musim yang kedua ini aku memilih blog liku-liku kehidupan oleh Hazwan Hairy. Siapalah yang tak kenal dia ni kan?? Salah seorang blogger yang sudah mencipta nama di alam maya ini sehingga pernah masuk majalah. 

Antara aktiviti yang paling menarik perhatian aku adalah pemberi sijil penghargaan kepada pemenang yang telah menyertai contest ke 2 Hazwan Hairy. Setahu aku tak pernah ada orang yang bagi sijil peghargaan kepada pemenang contest atau pun segmen yang dijalankan di blog. Dia berani mengambil pendekatan yang belum pernah orang ambil. Tabik!!! Aku hormat blogger seperti dia. ^_^


Blogger yang keempat dan terakhir menjadi pilihan hati aku adalah Allya Syahirah Riff


Tengok URL blog ini http://mukapenyek.blogspot.com/. Muka Penyek??? hehe.. penipu la dia ni. Aku tengok dia lawa dan cantik semacam je. Mana ada penyek.. Cuba korang klik link di atas dan nilai dengan mata sendiri.. Lawa ke Penyek??

Dia menjadi pilihan aku kerana gambar Gif yang penuh dengan gaya itu. Memang menarik dan tersenyum aku melihat gaya-gaya yang penuh dengan kecerian itu. hehe.. Blog dia ni simple je.. Memang terbaik.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...