OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 25 November 2012

Dengarlah Luahan Seseorang Dengan Sebaik-baiknya

Assalamualaikum dan salam sejahtera..


Apabila hati kita bersedih, kita mempunyai kecenderungan mencari seseorang untuk kita berkongsi dan meluahkan perasaan. Betul tak?? kalau salah tu, maaf lah sebab itu yang aku rasakan sebelum ini. Walau sekuat mana pun hati kita, apabila tiba masalah.. Pasti kita berharap ada seseorang yang dapat menenangkan diri kita.

Sama lah macam waktu kita kecil dulu.. Apabila kita besedih, kita ada ibu yang akan memeluk kita dengan kasih sayang dan mengeluarkan kata-kata semangat kepada kita. Di saat ini kita dapat merasakan kasih sayang dan ketenangan dalam hati kerana kita ada ibu yang sentiasa menyokong dan menyayangi diri kita.

Korang pernah tak bercakap dengan seseorang yang sedang menangis dan bersedih di dalam talian telefon? Terutamanya bagi kaum lelaki.. Pernah tak?? kalau korang ada kekasih pasti ada masanya korang akan melalui saat-saat ini.

Pada saat ini pasti perkara yang kamu nak lakukan adalah menenangkan hati dia kan??. Salah satu cara untuk tenangkan hati dia adalah dengan membiarkan dia meluahkan perasaan sepuas-puasnya. Kita sebagai kaum lelaki pasti dapat tahu sama ada dia tengah menangis atau tidak masa itu walaupun dia kata tak ada apa-apa. Jadi pada waktu ini janganlah kita sibuk bercerita pasal kisah hidup kita dan tidak beri peluang kepada dia untuk bercakap. Bagilah ruang dan peluang kepada dia untuk meredakan kesedihannya..

Terima kasih.. salam dari pantai timur.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...