OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Friday, 16 November 2012

Istimewa Keropok Selipar Hanya Di Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

keropok lekor, terengganu


Tempahan keropok keping bagi yang berada di Terengganu

Keropok Pak Da - MUDA MUHAMMADIAH
Kampung Baru Rhu Muda,
21600 Marang, Terengganu.
019-946 4759 - Pak De/ 014-846 2821 - Mak De

Menariknya di Terengganu kali ini membawa rakan-rakan semua mengenali salah satu makanan popular dan WAJIB makan apabila berada di Terengganu iaitu Keropok Selipar/ Keropok Tongkol. Pasti korang tak pernah tengok keropok jenis ini kan?? hehe. Keropok ini sebenarnya rupa keropok keping sebelum dipotong-potong kecil menjadi seperti yang korang biasa makan tu.

keropok keping, terengganu

Aku dapat keropok ini dari rumah mak saudara aku di Kampung Baru Rhu Muda, Marang. Sedap!!!. hehe. Cara nak makan keropok ini senang sahaja. Potong kecil-kecil, tapi jangan terlalu nipis. Nanti lembik. Dalam setengah inci cukup. Lepas itu terus goreng dalam minyak yang panas.

goreng keropok

Apabila dah masak jadilah macam ini. Berapa lama masa mengoreng itu bergantung kepada bagaimana kamu nak makan keropok ini. Nak garing atau nak lembut. Yang kat bawah ini garing. Kalau nak lembut goreng sekejap sudah la.

keropok garing

Keropok lekor atau selipar ini sedap di makan dengan lada cuka. Lada cuka yang sedap hanya ada di Terengganu. hehe

lada cuka

Kalau nak rasa keropok yang sedap aku syorkan korang semua datang ke Terengganu. Keropok sedap yang paling dekat adalah Keropok Lekor Seberang Takir. Keropok lekor ini korang boleh beli di Pasar Payang, Terengganu.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...