OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 4 November 2012

Kami Blogger UTeM

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
UTeM blogger

UTeM Blogger

Semasa buat blogwalking tadi aku terfikir, Berapa ramaikah blogger yang belajar di UTeM? tak kira lah tengah belajar ataupun dah graduate. Ramaikah?? itu yang menjadi persoalan aku. Sebenarnya seronok juga kalau ada blogger yang berada berdekatan dengan kita. Boleh la saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Bukannya apa.. Lagi seronok jikalau dapat berjumpa secara reality berbanding hanya chatting di alam maya. Kita pun tak tahu sama ada apa yang dia bagitahu pasal dirinya di blog itu betul ataupun tipu. Jikalau kita boleh melihat dengan mata sendiri, baru boleh buat penilaian sama ada dia ni jujur ataupun tidak.

Jadi berapakah blogger yang ada kaitan dengan UTeM di sini?? sila angkat tangan.. Hehe. Angkat tangan bukannya aku nampak pun. Silalah tinggalkan comment di blog ini.

Kalau korang tahu sesiapa blogger UTeM di luar sana, jangan segan silu untuk bagitahu.

Terima kasih.. salam dari pantai timur.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...