OnlineLahTauke! Bring Your Business Online!

Sunday, 18 November 2012

KEMPEN FREE PALESTINE

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

KEMPEN FREE PALESTINE

Semasa aku mencari sesuatu perkataan di dalam Pak Cik Google, aku terjumpa Kempen Free Palestine yang dianjurkan oleh Saudara Pemilik Hati. Betul katanya, Palestine sekarang sedang diserang oleh israel laknatullah tetapi tiada apa pun yang kita dapat buat untuk membantu saudara-saudara kita disana. Memang menyedihkan.

Kita sebagai blogger kena tahu bahawa platform blogger bukan sahaja untuk hiburan, menyampaikan maklumat dan gosip-gosip artis semata-mata. Tetapi dengan platform ini, kita juga boleh berdakwah dan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang apa yang berlaku di luar sana dan kekejaman Israel.

As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin


As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin
As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin begitu kecewa dan sedih dengan sikap bangsa arab telah berkata:  "Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini? . Sesungguhnya aku seorang tuan yang lemah dan tidak mampu memegang pena dan mengandang senjata dengan tanganku yang sudah lumpuh. Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu mengegarkan semua tempat dengan suaraku ini.

Aku tidak mampu untuk kemana-mana tempat bagi memenuhi hajatku kecuali jika mereka mengerakkan kerusi roda ku.. Aku, yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam-macam penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang menimpa diriku turut menimpa bangsa Arab sehingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu??.. Wahai bangsa Arab, kalian diam membisu dan lemah atau adakah kalian semua telah mati binasa??

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu golongan yang bangkit menyatakan kemarahan Allah. Tiada satu kumpulan daripada kalian yang bangkit menentang musuh-musuh Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa keatas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia kepada golongan yang dianiaya dan dizalimi oleh pembunuh dan penjenayah serta pengganas... Tidak adakah yang mahu bangkit menentag musuh-musuh yang telah berjanji setia untuk menghancurkan dan menghukum kami.. Tidak adakah???...

sumber - http://chromosome.wordpress.com/2010/11/10/doa-untuk-palestine-amanat-syeikh-ahmad-yasin/

Terima kasih.. salam dari pantai timur.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...